Selamat datang ke program Bankable, Investable Gameplan (BIG). Kumpul dana sehingga RM 50,000 untuk perniagaan anda. Aplikasi dibuka sekarang!.
Butiran Program Bankable, Investable Gameplan (BIG)

Latar belakang

Program Pembiayaan Alternatif Bankable, Investable Gameplan (BIG) dimulakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) & SME Corp. Malaysia untuk membantu usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Dalam program ini, KUSKOP, melalui SME Corp. Malaysia, bekerjasama dengan microLEAP untuk:

  • menyediakan penyelesaian pembiayaan jangka pendek yang inovatif dan cepat untuk PMKS melalui platform digital;
  • memudahkan proses dokumentasi pemohon; dan
  • produk patuh syariah dengan akses 24/7 untuk permohonan pembiayaan dalam talian.

Skop Pembiayaan

PKS boleh memohon pembiayaan jangka pendek sehingga RM50,000 pada kadar pembiayaan 7% – 10% setahun untuk:

1.Modal kerja untuk tujuan perbelanjaan operasi (contohnya pembelian inventori/bahan mentah dsb.)

2.Pembiayaan untuk tujuan penambahbaikan perniagaan untuk:

  • Pembelian mesin & peralatan
  • Aplikasi Sistem, eCommerce, e-Pembayaran dan ICT
  • Pembungkusan dan Produk Pembungkusan
  • Pengiklanan dan Promosi
  • Persijilan & Sistem Pengurusan Kualiti

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

MicroLeap

Whatsapp: 011-5917 1212

Pejabat: 03-7954 0002/1212

E-mel: hello@microleapasia.com

* *Nota penting – Permohonan hanya boleh dibuat melalui talian.

Penafian:

Semua komitmen dan bantuan yang dilanjutkan di bawah Program tersebut adalah tertakluk kepada ketersediaan dana. SME Corp Malaysia berhak untuk menghentikan atau menggantung Program, atau mengubah kandungan atau pemformatan Program, pada bila-bila masa tanpa notis kepada sesiapa sahaja, dan untuk menghendaki pemberhentian segera apa-apa penggunaan khusus Program ini. Di samping itu, kami berhak atas budi bicara mutlak kami untuk menggantung, menamatkan atau menyekat akses orang ramai kepada Program pada bila-bila masa dan atas apa jua sebab. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana Pihak yang menyertai Program ini.

AMARAN: Memberi maklumat palsu atau mengelirukan bagi tujuan penipuan SME Corp Malaysia adalah jenayah di bawah Kanun Keseksaan yang mana penalti termasuk penjara dan dengan sebat dan juga bertanggungjawab untuk denda. Di samping itu, SME Corp Malaysia boleh menafikan sebarang faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikaitkan dengan permohonan.